single kitchen
Single Kitchen









ais cream dapur bujang

http://youtu.be/t-Hw_G3LBdo

Wednesday 1 February 2012

'our taste' ice cream

yang ini resipe aiskrim buatan tangan sendiri, kitaorang share untuk siapa siapa yang suka makan aiskrim. tak payah susah susah beli, sebab cara buat dia senanggg sajaa :)


      


Bahan Bahan


 1 cawan, serbuk coffee mate 
1 cawan, susu segar dutch lady (kalau nak susu coklat pun boleh)
5 sudu teh, gula
1 sudu kecil, esen vanila
1 bungkus, biskut oreo (ambil biskut sahaja, krim tak perlu)
* pada sesiapa yang ingin menambah bahan bahan seperti kacang, strawberry, m&m atau sebagainya boleh juga mengikut cita rasa masing masing




Cara Menyediakan


1. Kisar susu segar, serbuk coffee mate, esen vanila dan gula. (kisar 5minit-10minit)
2. Patah patahkan biskut oreo yang telah dibuang krim tadi
3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas dan taburkan biskut oreo dia atas nya
4. sejukkan di dalam peti sejuk (sehingga menjadi keras)


yessss siap untuk di makannn! sangattt bujang kan resipe ni. Pada awak awak boleh la cuba buat di rumah, rasa dia sama macam beli di kedai, malah boleh tambah bahan bahan yang kita sukaa. Buat la, bagi adik adik korang rasa. Mesti diaorang sukaaa :)

No comments:

Post a Comment

catch it