single kitchen
Single Kitchen









ais cream dapur bujang

http://youtu.be/t-Hw_G3LBdo

Tuesday 31 January 2012

salad buah bujang

salad buah bujang



kalau rasa bosan kat rumah tu, or ade yang rase nak diet! haa.. apekata try resipi ni. SALAD BUAH BUJANG. resipi ni bukan shj ringkas malah sedap plak tu. bg penggemar buah-buahan boleh lah cuba resipi ni. bg yg tak reti nak makan buah-buahan tu pulak, ape kate korang cuba. buah ni baik untuk kesihatan. mana tau lepas ni, suke makan buah pulak kan. haa..

bahan-bahan yg digunakan :
- 6 biji strawberi
- 1 biji mangga ( yg masak tapi keras )
- 2 biji epal merah
- 1/2 biji tembikai
- 1 biji buah limau siap kupas
- 3 cawan ice cream vanila
- 3 cawan yogurt
- daun salad ( jika mahu )

cara-cara nya :
masuk kan kesemua buah-buahan tadi letak kan didalam mangkuk..
gaul kesemua buah-buahan..
masukkan ice cream vanila dan yogurt..
sedia untuk dimakan !!!!


p/s : boleh juga letakkan buah-buahan yang lain.ikut citarasa anda. semalat mencuba !!!

kek batik bujang

                                                                 kek batik bujang...

Bahan-bahan nyer.....
-15 keping biskut marie (patah kan 4 yerr)
-150g butter
-1 1/2 cawan milo
-5 sudu besar serbuk koko
-1/2 tin susu pekat
-1/2 cawan air
-4 biji telur saiz A
-1 penutup esen vanila


Cara-cara buat nyer.....
  1. Campur milo, serbuk koko, esen vanila, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api yang sederhana.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  3. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam petik sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
p/s: try yerr u all.. selamat mencuba;)

coklat ais blended

ais blended bujang


bahan-bahan nk wt nie simple jer..
-1 pek cadbury hot coklat
-1 sudu besar coco powder
-200ml susu segar
-1 sudu besar gula (ikut citarasa korg)
-6 hingga 8 kiub ais (ikut citarasa korg)
-krim (yg spray tu..)
kalau nak tambah apa-apa contoh nya strawbery ke coklat rice ke pun boleh, terpulang kat korang.. citarasa masing-masing

cara-caranya......
masukkan semua bahan dalam blender yang bersesuaian kemudian blend sehingga lumat...
masukkan dalam gelas dan letakkan krim di atas ais blended tersebut... lepas itu kalau nak hias ke ape ke terpulang la.. law yang x sabar tu minum jer terus... hihihi.. simple kan??? so selamat mencuba..


p/s: kalau nak wt flavor len pun boleh....

Monday 30 January 2012

resipe bebola 'lovely chicken'


 kitaorang nak share resipe ni, kauorang try la. serious sedap and bahan bahan nya pown ringkas je ! sorry la kalau gambar nampak 'macam' kuranggg sedap.! :)


Bahan bahan :-


ayam cincang ayamas (jenama lain pown boleh)
keju
tepung KFC (spicy)
telur  (ikut kuantiti daging cincang)
serbuk lada hitam (cukup rasa)                                              
sedikit garam
sayur (kalau nak lah)
minyak masak


Cara memasak :


1. campurkan ke suma bahan di atas, kecuali tepung KFC dan telur.
2. Kepalkan ke suma bahan tersebut sehingga menjadi bulat seperti bebola.
3. Salutkan bahan tersebut bersama telur dan tepung KFC.
4. Goreng bebola dengan minyak yang panas.


SIAP ! haa mudah kannnn :) Ringkas sahaja. Bagi sesiapa yang gemar makan cheese boleh lah letak cheese tersebut banyak sikit ! makan lah bebola lovely chicken panas panas, sedappp ! mesti nak lagii hihihi awak awak suma try la okayyy 

resipe bebola 'lovely chicken'


kitaorang nak share resipe ni, kauorang try la. serious sedap and bahan bahan nya pown ringkas je :)

Bahan bahan :-


ayam cincang ayamas (jenama lain pown boleh)
keju
tepung KFC (spicy)
telur  (ikut kuantiti daging cincang)
serbuk lada hitam (cukup rasa)                                              
sedikit garam
sayur (kalau nak lah)
minyak masak


Cara memasak :


1. campurkan ke suma bahan di atas, kecuali tepung KFC dan telur.
2. Kepalkan ke suma bahan tersebut sehingga menjadi bulat seperti bebola.
3. Salutkan bahan tersebut bersama telur dan tepung KFC.
4. Goreng bebola dengan minyak yang panas.


SIAP ! haa mudah kannnn :) Ringkas sahaja. Bagi sesiapa yang gemar makan cheese boleh lah letak cheese tersebut banyak sikit ! makan lah bebola lovely chicken panas panas, sedappp ! mesti nak lagii hihihi awak awak suma try la okayyy 

Wednesday 25 January 2012

our team


 Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera sume.....

Duduk ditepi pohon cemara,
Duduk bersama si bujang senang,
Pelbagai juadah yang kami sedia,
Di mana lagi kalau bukan di dapur bujang.


Wah gitu!! Bukannya apa, sebelum nak mula, kenalah bagi ‘intro’ kan.barulah ade mood..ok ! nak dipendekkan cerita ,eloklah rasanya kami perkenalkan ahli kumpulan kami . kumpulan kami ini ditubuhkan pada 17.1.2012 pada jam 12.30 tengah hari. Ahli kumpulannya pula semuanya ada 10 orang. Comel-comel semua. (comel ke ?? tangan dibahu mata di atas ) ahahha iaitu ila, shira,putri,nurul,yin,zunik,bahiya,azrina, syakirin dan ashaari. Dah nama pun dapur bujang of coz lah kami nak kongsi semuanya pasal makanan.kan Bujang tu pula di ambil sempena kami semua ni yang masih bujang. Single and available! Hehehhh. Tak ada kene mengena pun sebenarnya. Kalau kita cerita pasal makanan, mulalah kita bayangkan macam-macam kan. Tempoyak lah belacan lah,pizza lah macam-macam lah kan. Kita semua dah sedia maklum yang Malaysia ni ada pelbagai bangsa, so bila dah ada pelbagai bangsa ni, macam- macam makanan yang wujud.dari semenanjung sampai lah sabah dan Sarawak. Bak kata orang, selagi boleh makan, kita makan ! tapi, makan-makan jugak, berpada-pada lah ye. Kesihatan jangan lupa. Tu yang paling penting.Jadi inilah yang kami cuba hidangkan pada anda semua iaitu ‘share’ makanan yang sedap-sedap untuk anda. Confirm puas hati ! mana tau nanti ada yang boleh cuba ke. Tapi ! apa yang menariknya lagi , kami bukan sahaja nak cerita tentang makanan je, tp siap bagi tips lg !! tips ape ?? haa..kalau nak tau, kenalah follow blog ni. haa..okay ! assalamualaikum.


catch it