single kitchen
Single Kitchen









Dapur Bujang- Ais krim Goreng

Loading...

ais cream dapur bujang

http://youtu.be/t-Hw_G3LBdo

Tuesday, 3 April 2012

Cucur Bawang





    Bahan-bahan ( 3 org )

    300g tepung gandum
    1 biji bawang besar
    6 helai daun bawang
    1/2sudu kecil garam
    secubit ajinomoto
    1 bj telur
    air pd suhu bilik
    3 cawan minyak masak



  • Cara-cara
    Bawang besar dipotong kecil2 @ di potong dadu. Daun bawang dipotong 3cm panjang.

    Dalam bekas besar satukan tepung,garam dan ajinomoto dan digaul rata. Masukkan bawang & daun bawang. Kacau biar sekata.

    Masukkan 1/2 cawan air dan di gaul sekata. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau biar tepung sekata dgn air & telur tadi. Kemudian masuk lagi air sikit demi sedikit hingga adunan tdk cair/tdk pekat.

    Perap selama 15-30mnt. Kemudian goreng dlm minyak panas hingga kekuningan dan garing sedikit. Sedap makan dgn sos cili :)

scrambled egg (telur kocak)


Bahan bahan

3 biji telur
Secubit garam
100ml susu segar
mentega

Cara cara

1.pukul telur sehingga kembang.
2. masukkan susu segar dan garam ke dalam telur tadi.
3.panaskan kuali munggunakan mentega.
4. masukkan telur di dalam kuali dan cincang telur tersebut.


ITU SAHAJAAA, boleh makan bersama roti untuk sarapan pagii



udang sizzling




Bahan-bahan
10 ekor udang (dibersihkan)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
5 tangkai cili kering (goreng)
10 biji gajus
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan stok ayam
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
minyak masak secukupnya
sedikit air

cara- cara nak masak

1 - panaskan minyak dlm kuali, goreng udang hingga kekuningan.
     angkat n ketepikan.
2 - panaskan sedikit minyak dalam kuali sekali lagi, tumis bwg besar n bwg puih
     yg dikisar hingga bau harum.
3 - kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan, stok ayam, gula & garam 
     secukup rasa pastu kacau rata.
4 - masukkan sedikit air & kacau lg sehingga mendidih.
5 - akhir sekali, masukkan udang yg digoreng bersama cili kering & gajus, kacau 
     seketika hingga kuah pekat.


                                        SEDAP, MUDAH, GERENTI JADI

Wadeh



Bahan Bahan

300g kacang dhal
1/2 bawang besar (dihiris)
Jintang Putih
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili kering (potong nipis nipis)
1/2 garam
Minyak untuk mengoreng

Cara cara

1. Rendam kacang dhal dengan air, tuskan dan belendar (jangan terlalu hancur).
2. masukkan daun kari, bawang, jintan putihdan cili kering ke dalam kacang dhal.
3. gaul sehingga sebati, dan letakkan sedikit garam.
4. bentukkan wadeh tersebut, jangan terlalu tebal.
5. Goreng sehingga keemasan.

OKKKKK SIAPPPP :)

Tuesday, 27 March 2012

NEGATIVE IMPACT OF INTERNET TO TEENAGERS

Internet will normally be a NEGATIVE impact especially among teenagers. between its effects are :


  • Teenagers will use the internet to view sexually- oriented materials
  • Teenagers were likely to use the internet to play game , to listen music and meet new people
  • Can also seduce the vulnerable into ignoring the real world
  • Become addicted to internet
  • Become destructive force

Wednesday, 21 March 2012

samosa kentang


 

haa ni dia resipe samosa kentang, senang je macam buat karipap tapi buat guna kulit kopia, tak payah susah susah nak uli tepung hihi

Inti:
2 cawan daging kisar
500g ubi kentang  (potong dadu dan direbus sehingga empuk, toskan)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
1-2 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari 
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
kulit kopia (bahan lain)

Cara Cara
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia utk membuat samosa.

Tuesday, 20 March 2012

Koktel buah-buahan






Banyak2 dessert, dessert inilah antara yg paling ringkas dan sedap. 
Buatlah koktel berkuah ni dgn style sendiri dgn mennggunakan bahan-bahan yg ada dlm simpanan. Best tau!

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar buah-buahan koktel (atau hirisan buah2an segar pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2-3 sudu makan susu pekat
  • 1 sk esen vanilla 
  • Ice cube secukupnya

Cara Cara :
  1. Satukan gula bersama susu cair di dlm periuk. Masak hingga gula larut. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati. Setelah itu, padamkan api dan sejukkan sebentar atau suam2 kuku.
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Masukkan buah2an koktel (tak perlu sejat jika suka) dan susu tadi ke dalam bekas tersebut dan masukkan kiub ais secukupnya. Hidangkan.

catch it