single kitchen
Single Kitchen









ais cream dapur bujang

http://youtu.be/t-Hw_G3LBdo

Saturday 11 February 2012

Spaghetti bujang




B O S A N  dengan makanan yang sama setiap hari ??????








hohoho !! takpe takpe. hari ni. kami nak share 1 makanan yg lain selain nasi. hahah. np nasi?? saje je plih nasi. okay! berbalik pd topik, kdg2 tu, kte teringin jgk kan nak mkn makanan lain, org kate, tukar selera. haa.. soo.. makanan yg kami nak share ni lain la sikit dari. ape tu ?? ni haa.. S P A G H E T T I. spaghetti yg kami nak share ni, mudah je, tak perlu byk bhn sgt. bujang pnye style . enjoy !





spaghetti ni, kami letak meetball. tp pd mereka yg tak nk ltak meetball ni pn tkpe.hehe


BAHAN YANG DIPERLUKAN

100 g mi spaghetti
150g daging cincang
1/2 tin tomato puri
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
1 tin sos spaghetti prego
minyak zaitun ( minyak msk biasa pn boleh)
parmesan cheese dan sedikit daun basil utk hisan



CARA MEMBUAT

  1. rebuskan mi kira-kira 15 mnit atau smpai lmbut ( tmbh sdikit garam n minyak msk supaya mi tak melekat. toskan.
  2. potong bwg putih kecil2
  3. panaskan kuali. tuang minyak dan masukkan bawang putih td
  4. bila bwg putih dah seakan-akan perang, masukkan daging n goreng smp masak
  5. masukkan tomato puri,sos spaghetti prego, garam dan gula secukup rasa. biar mendidih selama 2 mnit
  6. setelah siap,hidangkan . tambahkan parmesan cheese dan daun basil sbg hiasan.

S E D A P S E D A P S E D A P !!! SELAMAT MENCUBA!!


chocolatey waffle



hmm... resepi atas ni , adalah resepi dia ats permintaan sesorang.. sape ?? tettttttt!!! identiti dirahsiakan ! haha. tp, bkn lah hny dy seoarang yg boleh ambk resepi ni, tp sbnrnye resepi ni adalah utk anda semua!!! mudah, ringkas dan cepat !!!

BAHAN YANG DIPERLUKAN
  • gardenia waffle
  • coklat masakan
  • susu pekat
  • strawberi untuk hiasaan

CARA CARANYA
  • masakkan coklat masakan td kedalam kuali medidih
  • masukkan susu pekat kedalam coklat masakan yg sudah dicairkan dan ketepikan.
  • hiris strawberi mengikut bntuk dan citarasa mas2
  • tuangkan cklat masakan td ke atas waffle
  • letakkan strawberi sbg hisan

mudah bukan ! ni resepi yag mudah, ringkas dan cepat !! semalat mencuba :)

strawbery tiramisu


hello!!! hmm.. ptg2 mcm ni, ade 1 resipi yg kami nak share dgn smua. hmm..ble tgk gambar atas ni, rasenye smua dah boleh teke kan ape. yup !!! betol !! S T R A W B E R Y T I R A M I S U. so, bwh ni kami nak share resepi n cara buatannya. ala..senang je..

bahan-bahan :

-  200 ml whipping cream
- 250 g creame cheese
- 1/4 cawan gula ising/gula kastor
- 1/2 cawan puri strawberi
-  1 cawan air nescafe panas
- lady finger/bskut tiramisu
- serbuk koko
- buah strawberi untuk hiasan

cara cara :

- pukul whiping cream hingga gebu dan kental
- dalam bks berlainan, pkul  cream chees hingga putih dan kemudian masukkan gula dan pkul lg hingga kembang
- satukan no 1 dan 2. sebatikan
- sediakan bks bersesuaian, celup bskut tiramisu ke dalam air nescafe pns dan susun ke dalam bekas tadi. kemudian ratakan dgn sedikit adunan krim
- ratakan pula di atasnya dgn puri strawberi
- kemudian susun di  atasnya dgn bskut yg sudah dicelup dgn air nescafe. ulangi proses hingga habis dan akhirinya dgn
lapisan krim
- ttup bks dgn cyling wrap/plastik dan letakkan di dalm peti sjuk selama 3 atau semalaman.
- semasa hndak menghidang, taburkan serbuk koko dan hirisan strawberi di atasnya.


well done !!!! selamat mencuba !!!!!!!!

Thursday 9 February 2012

pizza cincai



teringin makan pizza, tapi kalau buat sendiri jimat sikit, cuma guna roti gardenia je :)









bahan bahan
3 batang sosej (dihiris serong)
2 batang isi ketam (dihiris serong)
5 keping roti
50g sayur campur
kuning telur
100g keju mozarella (taknak letak pun boleh)
mayonis
sos cili


cara cara
1. rebus sosej, isi ketam dan sayur campur.
2. kemudian letak bahan bahan tersebut di atas roti dan sapukan kuning telur
3. hias roti dengan keju, mayonis, sos cili
4. masukkan ke dalam oven selama 10minit


boleh la di makan panas panasssssss :)

Friday 3 February 2012

Dorayaki Bujang


                                              

                                                                  Dorayaki Bujang




Bahan-bahan :
100gm tepung kek atau tepung gandum 
• ½ sudu kecil baking soda 
• 60gm gula halus- hana buh 50g jerk
• 2 sudu besar madu 
• 2 biji telur 
• ½ sudu besar minyak masak 
• ½ sudu kecil esen vanilla 
• Inti:1½ cawan kacang merah yg manis 



Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. 
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. 
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. * 2 sudu besar susu segar. 
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". 
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping). 
6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah





p/s:guys try la.. senang,sedap,sempoi!!

Wednesday 1 February 2012

HOT pancake

    
 LAPAR!!!! tgh sibuk update blog tibe2 lapar pulok.. dan dan teringat kat satu makanan ni . ting!! haa!! pancake!! teringat zaman kecik2 dulu slalu mkn pancake ni. mkn dgn honey plus butter! itu pun dah memadai. sedaaaapppp sgttt!!!!  .haa.. dah alang2 tu, best jgk klau share resipi pancake ni, senang pun senang..

'hot' pancake bujang 

bahan-bahan :
- 2 biji telur
- 6 sudu butter (dicairkan)
- 2 sudu teh baking powder
- 2 sudu besar gula
- 2 cawan susu segar
- secubit garam

cara-cara :
- campurkan semua bahan dan blend sehingga sebati
- biarkan sebentar lebih kurang 10 minit
- cedok seseduk adunan td dan masak ( klau nak pancake tu cantik nampak bulat, masak dalam frying pan)
- hidangkan panas-panas

p/s : then klau nak hias letak topping seperti butter, honey, strawberi dan apa-apa pn boleh :)

whoooaaaa!!!! sedap dan mudah bukan . selamat mencuba ! :)

resipi biskut marmar bujang

Murtabak Maggi Bujang

hey kawan-kawan kali ini kita nak share makanan yang selalu student makan iaitu MAGGIE akhahaha tp kali ini special cikit sbb dia ala-ala murtabak. ingt ssh??? senang jerr la.. cube tgok dan try... tak sampai 5 min da siap...(kalau korg buat cepat la hihihi)

                                                                Murtabak Maggi Bujang


Bahan-bahan....
-Maggi perisa kari (ikut suka hati nak berapa bungkus)
-1 biji bawang besar dipotong halus
-sedikit daging cincang yang telah digoreng 
-lobak merah (sedikit)
-daun sup dan daun bawang yang telah dicincang halus (sedikit)
-2 biji telur ayam

Cara membuatnya....
1. Rebus maggi dengan air panas dan toskan airnya. jangan rebus lama sangat nnti kembang  
    semangkuk      
    pulak...
2. Gaulkan serbuk maggi dan hirisan bawang,daun sup dan lobak bersama daging cincang.(kalau x  
    nak masin  
    sangat letak serbuk kari sedikit demi sedikit okay)
3. Pukul 2 biji telur sekuat hati korang kalau nk cepat sehingga kembang.

4. Lepas itu masukkan semua ramuan dan maggi yang telah direbus. kacau  sehingga sebati yerr..

5. Sapukan sedikit minyak pada kuali supaya maggi x melekat kat kuali. bila kuali dah panas 

    masukkan maggi   
    tadi sedikit demi sedikit. 

'our taste' ice cream

yang ini resipe aiskrim buatan tangan sendiri, kitaorang share untuk siapa siapa yang suka makan aiskrim. tak payah susah susah beli, sebab cara buat dia senanggg sajaa :)


      


Bahan Bahan


 1 cawan, serbuk coffee mate 
1 cawan, susu segar dutch lady (kalau nak susu coklat pun boleh)
5 sudu teh, gula
1 sudu kecil, esen vanila
1 bungkus, biskut oreo (ambil biskut sahaja, krim tak perlu)
* pada sesiapa yang ingin menambah bahan bahan seperti kacang, strawberry, m&m atau sebagainya boleh juga mengikut cita rasa masing masing




Cara Menyediakan


1. Kisar susu segar, serbuk coffee mate, esen vanila dan gula. (kisar 5minit-10minit)
2. Patah patahkan biskut oreo yang telah dibuang krim tadi
3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas dan taburkan biskut oreo dia atas nya
4. sejukkan di dalam peti sejuk (sehingga menjadi keras)


yessss siap untuk di makannn! sangattt bujang kan resipe ni. Pada awak awak boleh la cuba buat di rumah, rasa dia sama macam beli di kedai, malah boleh tambah bahan bahan yang kita sukaa. Buat la, bagi adik adik korang rasa. Mesti diaorang sukaaa :)

catch it